
Inilah netbook yang pelanggan pakej streamyx terbaru akan miliki setelah akaun Streamyx diaktifkan, pakej ini akhirnya membolehkan harapan 1 rumah 1 komputer menjadi kenyataan... hanya serendah RM38.00 sebulan pelanggan streamyx boleh mendapat seunit netbook berjenama 1Malaysia keluaran NadiAyu. Marilah sokong barangan keluaran Malaysia.
Soalan-Soalan Lazim
Terma dan Syarat
Lain-lain pakej.......
Beli Netbook 1Malaysia
"ISWA Digital Enterprise tidak terlibat dalam proses jualan netbook sekiranya anda membeli terus melalui pesanan dalam talian, sebarang pertanyaan boleh berurusan terus dengan pembekal iaitu Natsys atau NadiAyu"
Terma dan Syarat pakej :
Pakej Jalur Lebar TM dengan Netbook ini terbuka kepada semua penduduk warganegara Malaysia di kawasan yang telah dikenal pasti oleh TM sahaja dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM5000 sebulan bagi kawasan bandar dan RM3000 bagi kawasan luar bandar. Tempoh minimum langganan adalah selama 24 bulan.
Jaminan untuk modem WiFi adalah selama 12 bulan. Pakej ini terbuka kepada pelanggan yang memiliki talian tetap TM sahaja. Pelanggan tidak dibenarkan untuk menukar kepada pakej lain yang ditawarkan TM sepanjang tempoh minimum langganan.
Pelanggan Komputer 1Malaysia akan terus membayar harga yang sama selepas 24 bulan manakala pelanggan HP akan membayar harga yang sama seperti pelanggan Komputer 1Malaysia hanya selepas 24 bulan.





0 Komen